Tiga Kali Keguguran, Syatilla Melvin Umum Hamil Tiga Minggu

Sebelum ini tiga kali mengalami keguguran, semalam pelakon Syatilla Melvin berkongsikan berita gembira dirinya kini sedang berbadan dua.

Meluahkan rasa syukur di atas rezeki paling berharga itu, Syatilla turut memuat naik foto memegang ujian alat kehamilan memaparkan kandungannya kini berusia tiga minggu.

BACA: Nafi Guna Duit Suami, Syatilla Melvin Dedah Berniaga Korek ASB

Menerusi entri tersebut, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut meminta peminat memohon doa agar kandungannya bertahan sehingga sembilan bulan dan dipermudahkan.

Pada 7 April lalu, Syatilla mengalami keguguran kali ketiga ketika kandungannya berusia lapan minggu.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy 4, dan Sarima Samheizy kini berusia setahun.

×