Pelawak dan usahawan, Shuib menjadi perhatian ramai apabila berseloroh dengan isterinya, Watie Hanifiah kurang kasih sayang sejak anak bongsu mereka, Ayash Affan sering tidur bersama.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Shuib dilihat memeluk Watie serta mengadu kurang mendapat kasih sayang daripada isterinya sejak kebelakangan ini.

BACA: Dikecam Sampai Bisnes Merudum, Shuib Rancang Buka Bubblebee Ke Luar Negara

@berryfullhq

sweet la love bird kita ni? #fattahamin #anandanatasha #fattasha #silentsupportsekufu #lovesekufu #fyp #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #tiktokshop

? original sound – Ezra Kairo – Ezra Kairo

“Semenjak Ayash duduk dekat sini, tidur asyik bertiga saja. Aku memang nak complain. Dah kurang kasih sayang. Tahu-tahu, waktu malam Ayash dah ada dekat tengah,” selorohnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman sama apabila ada anak kecil. Sementara itu, ada yang memuji keikhlasan Watie dalam menyayangi anak-anak tirinya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tumpang bahagia melihat rumah tangga Shuib dan isteri serta mendoakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

×