“Tiada Yang Serius, InsyaAllah Kami Cuba Bincang” – Edika Yusof

Semalam, isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri mengejutkan ramai apabila memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Memetik Harian Metro, Edika berkata dia akan cuba berbincang dengan isterinya serta memberitahu tiada apa yang serius serta akan memaklumkan mengenai perkara itu.

BACA: “Kalau Saya Dah Sampai Tahap Ke Mahkamah, Mesti Ada Sebab Kukuh” – Isteri Edika

“InsyaAllah nanti saya update….nothing serious, InsyaAllah kami cuba bincang.. mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia…terima kasih,” katanya.

Terdahulu, peguam mewakili Hidayah enggan mendedahkan punca permohonan cerai namun hanya memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

Dalam pada itu, Hidayah memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai isu rumah tangganya namun hanya memberitahu jika sudah sampai tahap ke mahkamah, pasti ada sebab kukuh mengapa dia memfailkan cerai.

“Boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar dari mulut saya. Biar dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia,” katanya.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Fareena Nurulhaq dan Fardeen Ulhaq.

SUMBER: Harian Metro

×