fbpx

“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam”

Malam tadi, pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas perpisahan tersebut, Nedim dilihat ada memuat naik gambar serta kapsyen sayu di Instagram miliknya.

BACA: Nora, Nedim Nafi Masalah Kewangan Punca Cerai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

“Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam. (Percaya lah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku),” tulisnya.

Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat Nedim serta Nora.

Terdahulu, Nora menafikan dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan serta meminta orang ramai menghormati perpisahan mereka itu.