“Tiada Siapa Yang Kahwin Mahu Bercerai”

Penyanyi Nora Ariffin telah pun memfailan permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.26 pagi tadi.

Memetik Oh Bulan, Nora berkata dia reda seandainya berdepan kehilangan kali kedua jika perceraian dengan suaminya berlaku serta menyerahkan keputusan kepada takdir.

BACA: Nora Ariffin Nekad Fail Cerai Isnin Ini

“Terus-terang, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kematian suami terdahulu), dan kini diuji lagi.

“Tetapi saya percaya Allah susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya. Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti. Kami tidak bercakap sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, Nora meluahkan rasa syukur anak-anaknya memberikan sokongan penuh serta tidak masuk campur urusan ibu dan bapa mereka.

“Mereka tidak campur tangan kerana menganggap ini urusan antara ibu dan bapa. Kecuali jika mereka terlibat secara langsung, mereka tidak mahu masuk campur,” katanya.

Sebelum ini, Nora memaklumkan dia nekad untuk memfailkan perceraian dan keputusan dibuat selepas usaha untuk selamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu, serta campur tangan pihak ketiga.

SUMBER: Oh Bulan

×