Pelakon jelita Anna Jobling berkata dia tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan cinta memandangkan dirinya masih lagi muda.
Memetik Harian Metro, Anna turut menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor, Meerqeen. Menurutnya, dia kini menjadikan kerjayaa sebagai keutamaan dan tidak mahu sia-siakan masa muda dengan perkara tidak penting.
BACA: Tak Mahu Boros, Anna Jobling Ada Akauntan Peribadi
“Saya tiada masa untuk cinta, saya masih muda. Anna hanya milik Anna sendiri saja. Jika tidak bekerja, saya menggunakan masa terluang untuk tidur kerana itu yang saya perlukan ketika ini.
“Cinta saya hanyalah katil (tidur) dan kerjaya. Jadi jika ditanya mengenai keseimbangan pada usia ini, hanya tiga perkara itu saja,” katanya.
Berkongsikan mengenai kerjaya seninya, Anna berkata dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak dilihat dirinya sebagai seorang selebriti atau individu yang popular.
“Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai Anna Jobling iaitu seorang selebriti. Saya hanya melihat diri saya sebagai saya saja dan bukan seorang yang popular.
“Malah, saya juga berpegang kepada sebaik dan sebagus mana pun saya, ada lagi yang lebih baik. Jadi saya rasa itu yang membuatkan saya sentiasa kekal menjadi diri sendiri.
“Saya juga menganggap rezeki masing-masing dalam apa jua perkara. Saya tidak mahu bersaing dengan sesiapa pun kerana hanya meletakkan keutamaan untuk menjadi lebih baik. Itu saja,” katanya.