Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkata dia terkejut apabila tiada lagi yang bertanya bila dia akan berkahwin pada raya tahun ini.
Memetik Harian Metro, Amira berkata dia meluahkan rasa syukur dengan sambutan single terbaharunya, Bila Nak Kahwin.
BACA: Netizen Terpesona Tengok Wajah Amira Othman Tak Mekap Ketika Live
Katanya lagi, mungkin orang tidak bertanyakan mengenai soal kahwin selepas tahu mengenai lagu nyanyiannya itu yang menjawab mengenai jodoh adalah ketentuan Tuhan.
“Saya juga tak sangka penerimaan pada lagu itu seluas itu dan percaya itu rezeki yang dipinjamkan Allah SWT dan saya harus sentiasa ingat dan bersyukur selalu. Apa yang mengejutkan, tiada pula orang yang tanya bila saya nak kahwin pada raya tahun ini.
“Mungkin orang sudah tahu tujuan lagu itu dihasilkan untuk menjawab persoalan mengenai jodoh, rezeki dan masa depan yang semuanya ketentuan dari Tuhan,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah tahun ini merupakan tahun terakhirnya berstatus solo, Amira hanya mengharapkan yang terbaik.
“Soalan yang ditanya kali ini sudah bertukar pula iaitu saya cuti sampai bila? Apapun, saya hargai peminat dan penyokong yang doakan yang terbaik itu,” katanya.
SUMBER: Harian Metro