Umum mengetahui pada 5 April lalu, usahawan piza, Jofliam akhirnya selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Dewi sekaligus menjadi bualan ramai.

Baru saja lima hari berkahwin, hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengguna Thread ini seolah mendakwa Dewi meniru imej pempengaruh media sosial, Cik Epal yang juga bekas isteri Jofliam.

BACA: “Saya Cerita Hal Saya Je, Tak Ada Menyalak Kes Orang Lain” – Cik Epal Bidas Michael Ang

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, imej Dewi dilihat sama dengan Cip Epal sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Diruangan komen hantaran itu, ada yang mengatakan ianya seperti dalam drama Korea popular iaitu The World of the Married serta ada yang mendakwa sehingga ke hujung kaki ditiru.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa ianya hanya konten supaya mendapat ‘engagement’ jika kisah mereka masih lagi diperkatakan ramai .

SUMBER: Ohmymedia, Threadhalinakamarudin

×