Pelakon lelaki kesayangan peminat, Zul Ariffin baru-baru ini telah memuatnaik gambar di akaun Instagram dengan keadaan tangan yang cedera. Perkara itu sekaligus membuatkan peminat cemas oleh kerana selebriti pujaan mereka sakit.
BACA: Zahirah MacWilson Akui Selesa Bersama Zul Ariffin
Bagaimanapun, menurut laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Zul mengalami kecederaan tersebut adalah kerana terlebih melakukan senaman sehinga menyebabkan tisu bahu kirinya terkoyak.
“Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gimnasium lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi saya buat tak tahu saja. Keesokan harinya, apabila bangun tidur saya tak boleh gerakkan tangan ke depan. Saya terus berjumpa doktor pakar dan beliau mengesahkan tisu bahu saya terkoyak”
“Kecederaan ini agak serius sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat.
“Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya” katanya.
Zul dalam masa yang sama turut dinasihatkan agar berehat selama lebih sebulan untuk memastikan kesan koyak tisu dibahunya itu kembali pulih. (rtky/s)