Perkongsian pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila dia bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi duta bagi satu jenama minyak wangi.
Menerusi hantaran itu, Bella memuat naik gambarnya bersama Saddiq bagi mempromosikan wangian berjenama Dolcea itu.
BACA: “Apa Definisi Cantik? Bella Astillah” – Syed Saddiq
Apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila Bella mendedahkan bayaran yang diterima oleh Saddiq sebanyak RM100,000 disumbangkan semuanya ke Muar.
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan Saddiq itu yang menyumbangkan bayaran tersebut serta mengatakan warga Muar sangat bertuah kerana mempunyai ahli parlimen seperti Saddiq.
Ini bukan pertama kali Saddiq berbuat demikian, sebelum ini ahli parlimen itu menyumbangkan RM1 juta kepada warga Muar sebagai duta jenama baju raya bersama Bella Astillah.