Perkongsian pelakon Mimi Lana di Twitter menjadi perhatian ramai apabila dilihat seolah meluahkan perasaan dan rasa kecewa terhadap seseorang.
Menerusi perkongsian itu, Mimi berterima kasih kepada individu tersebut kerana telah menimbulkan satu lagi masalah ketika dia sedang berdepan ujian berat.
BACA: Mimi Lana Kongsi Video Bersama Syafiq Kyle, Peminat Yakin Masih Bersama
Menurut Mimi lagi, dia tidak pernah menganggu hidup sesiapa apatah lagi menyakiti hati mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Mimi seolah memberi amaran supaya tidak memandang rendah terhadap dirinya yang banyak berdiam diri mengenai isu berkaitan dirinya sebelum memadam perkongsian berkenaan.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila majlis perkahwinan Mimi bersama tunangnya, Syafiq Kyle yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu dibatalkan.