Kemelut antara pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim serta anak mereka, Marissa Dania akhirnya selesai apabila kesemua mereka sudah pun bersemuka.

Menerusi satu video dimuat naik di Instagram, memaparkan Norman hadir ke rumah Abby untuk memohon maaf membawa bunga bersama Marissa.

BACA: Abby Abadi Dakwa Pernah Dipukul Norman Hakim Setengah Mati?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Dalam video itu, kelihatan Marissa memeluk ibunya untk memohon maaf dan Abby pada awalnya hanya berdiam diri tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, Abby meluahkan rasa syukur kemelut antara mereka sudah pun selesai serta meminta Norman dan anak-anak tidak membuat dirinya rasa sedih kerana bimbang tidak dapat menyawal emosi.

“Jadi Papanya, Anak-anak. Jangan buat Mama sedih lagi.. sebab bila Mama sedih, Mama hilang arah.. Bila Mama hilang arah, Mama cepat terperanjat! Bila terperanjat, maka akan terjadilah pergelutan jiwa yg sukar di duga…Sorry ok,” katanya.

Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf kepada semua pihak serta menjelaskan dia tiada niat untuk melibatkan orang lain dalam permasalahan berkenaan.

“Maafkan saya ya sahabat-sahabat yang selalu ada…. sebab buat emosi awak-awak semua terganggu juga…Tak ada niat nak libatkan orang lain sebenarnya tapi tulah.. kalah dengan syaitan nirojim,” katanya.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu sememangnya seorang yang lebih hati dan pemaaf. Malah, ramai yang memberi kata-kata semangat buat Abby.

×