“Tengok Muka Saya, Layak Ke Ada Dua Isteri?”

Sebut saja nama Naqui Boboy pasti ramai tahu penyanyi ini pernah menjadi kegilaan ramai gadis sekitar tahun 2000. Hampir 12 tahun menyepi, namanya hangat diperkatakan selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza 2019.

Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila Naqiu didakwa pernah berkahwin dua namun sudah menceraikan isteri pertama. Bagaimanapun, Naqiu menafikan perkara itu serta menegaskan bahawa wanita dikenali sebagai Hani adalah satu-satu isterinya.

BACA: “Peminat Jerit Sambil Kelar Tangan, Ada Yang Nak Tikam Saya”

“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada. Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.

“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,” katanya Harian Metro.

Dalam pada itu, Naqiu menyifatkan khabar angin yang mendakwa dia menceraikan isteri pertama selepas dihasut isteri kedua adalah sangat kelakar. Tidak melatah dengan gosip liar itu, Naqiu menerima dengan terbuka perhatian yang diberikan kepadanya.

”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya. Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.

”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.

“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya,” katanya.

×