Panas! Panas! Memang betul-betul panas gais warna keluaran HONOR Magic6 Pro kali ni. Geram betul kami nengoknya. Warnanya yang lebih menarik iaitu Cloud Purple ini memang confirm jadi kegilaan ramai wanita terutamanya! Tak percaya? Cuba tanya girlfriend atau isteri kat sebelah tu. Hiks.

Kalau anda nak tahu warna Cloud Purple yang indah ini diinspirasikan dari matahari terbit di tasik, menampilkan cahaya lavender halus yang memantulkan air yang tenang dan awan yang gebu. Memang betul terpukau lah! Jom gais dapatkan segera dengan harga RM4,499. Dah ada dah di kedai-kedai terpilih dah sejak 31 Mei.

Hebat Betul Teknologi HONOR Magic6 Pro Ni

Anda mesti nak tahu kan apa yang gempak sangat teknologi HONOR Magic6 Pro. Fuh kalau sebut bab teknologi ni mesti lelaki di luar sana yang tak sabar. Yelah kalau perempuan mesti suka warna dia, tapi kalau bab teknologi ni mesti lelaki yang beratur di barisan hadapan dulu. Betul?

Meh sini kami bongkarkan kehebatan teknologi HONOR Magic6 Pro ni.

Kalau anda perasan, telefon pintar AI telah menjadi popular tahun ini kan? Jadi HONOR Magic6 Pro ni pun taknak ketinggalan juga tau. Ia turut dilengkapi dengan AI. Memang tip top! Anda nak ambil gambar hingga petua penggunaan harian pun dibantu oleh AI tau. Bestnya. Memang satu pengalaman baharu dan praktikal untuk anda!

1. Kemampuan Kamera Tiada Tandingan Dengan AI Kamera Tele-falcon

Anda mesti dah tahu kualiti kamera siri HONOR Magic5 sebelum ni memang tiada tandingan kan? Kali ini, HONOR telah menaik taraf kualiti fotografi bagi HONOR Magic6 Pro dengan menggunakan AI Tele-falcon yang mempunyai 180 MP dan dilengkapi dengan algoritma AI yang membuatkan gambar anda cukup memukau untuk sesiapa sahaja yang tengok!

Kredit: Muhd Fuad

Paling best, ia juga mempunyai kelajuan ultra yang tinggi. Barulah gambar korang kelihatan lebih jelas walaupun tengah bergerak. Fuh memang menyala lah gambar anda nanti!

2. AI Magic Portal, Hanya Satu Langkah Ke Destinasi

Sama seperti ‘Pintu Doraemon’ yang mempunyai pintu untuk kemana saja, macam tu juga lah teknologi AI dari HONOR Magic6 Pro ini yang memudahkan korang untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan AI Magic Portal yang dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan navigasi dengan serta merta.

Apabila rakan anda menghantar lokasi pertemuan ke WhatsApp, kaedah tradisional memerlukan anda untuk copy alamat, keluar dari WhatsApp, membuka Peta Google, dan kemudian paste alamat untuk carian kan? Kalau anda guna HONOR Magic6 Pro ni, anda hanya perlu menekan lama alamat dan menyeretnya ke Peta Google dalam Magic Portal untuk memulakan navigasi dengan segera! Sangat menjimatkan lebih daripada dua kali ganda masa, power!

Bukan sahaja alamat, dengan bantuan Magic Portal ni juga, anda juga boleh menyeret dan melepaskan gambar ke Instagram, Facebook, TikTok dan tempat lain untuk publish kan foto dengan segera.

Apa yang lebih mengujakan ialah ciri ini akan dinaik taraf pada penghujung Mei untuk menyokong menyeret kandungan ke Taobao, WeChat, Douyin dan beberapa aplikasi lain. Kalau anda melihat sesuatu yang anda suka, anda hanya boleh menyeretnya ke Taobao dan mendapatkan hadiah dalam masa yang sama!

3. Lebih Pintar Dengan AI Smart Folder

AI Smart Folder memang sangat menjimatkan masa anda tau. Anda boleh menggunakan fungsi AI Smart Folder ni untuk menyimpan aplikasi yang sering digunakan seperti Grab, Instagram, Facebook atau pun Google Maps dan macam-macam lagi.

Dengan hanya satu klik, korang dah boleh update “Insta Story”, boleh gunakan perkhidmatan Grab atau pun boleh balik dan pergi kerja dengan menggunakan satu klik navigasi Google Maps!

4. Dilengkapi Dengan AI Blur Private Info

Cari gambar yang anda mahukan – Pernahkah anda mengalami situasi ini, scroll jer seluruh galeri hanya untuk mencari satu gambar? Sangat buang masa okay. Dengan Magic6 Pro, anda hanya perlu mencari ciri-ciri gambar dalam album jer. Sebagai contoh, anda nak cari gambar seperti seperti “kek”, “kereta”, “mainan”, taip jer kemudian AI boleh membantu anda menapis gambar yang berkaitan.

Bukan itu sahaja, AI juga akan mengklasifikasikan orang mengikut orang yang sering muncul dalam album gambar. Sebagai contoh, ibu ayah hanya boleh mengklik pada album gambar anak mereka untuk melihat semua gambar yang memaparkan anak mereka sahaja. Gempak kan?

Rasa Lebih Selamat! HONOR Magic6 Pro Menawarkan AI Eye Protection

Tengok fon lama-lama mesti rasa mata macam sakit, lesu dan letih jer kan? Jangan risau, HONOR Magic6 Pro mampu memberikan perlindungan buat mata sepanjang anda menggunakannya.

Skrin yang secara automatik akan melaraskan cahaya mengikut cahaya semula jadi di sekeliling dengan teknologi pemalapan PWM 4320Hz.

Jom Dapatkan Segera, Promosi Kaw-kaw untuk Anda!

Kalau anda berminat dengan HONOR Magic6 Pro ini, jangan lupa untuk dapatkan segera dan berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik.

Anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM1,696! Antara hadiah yang disediakan adalah Haylou smart watch, HONOR Earbuds X6, Lanjutan jaminan 1 tahun dan Perlindungan peranti sehingga 365 hari.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan peranti terkini, layari laman rasmi di Facebook dan Instagram.

×