Tegur Fatima Jangan Makan Berbunyi, Netizen Puji Cara Didikan Fazura

Pelakon dan usahawan Nur Fazura menerima pujian ramai selepas tular satu video memaparkan dia menegur lembut anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi video di TikTok itu, Fatima dilihat sedang menjamu selera dan menghirup sup di sebuah restoran. Fazura kemudian menegur anaknya untuk menjaga adab dan tidak makan berbunyi.

BACA: “Ada Yang Panas Tapi Bukan Api” – Video Duit Raya Fazura Buat Netizen Terhibur

@__norainibasre88__

#artismalaysia #norainibasre #norainibasreteam #norainibasreshop #lovers #fatimafattah #fazurafans #fazurabeauty #fazurafans #fazurabeauty #fazura #binafshasweet

? bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

“Jangan hirup macam tu, tak boleh kuat-kuat. Makan perlahan-lahan macam perempuan dan beradab. Kena makan senyap-senyap, tak ada bunyi,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan Fazura dalam memberi pendedahan awal mengenai adab dan etika ketika makan kepada anaknya.

×