Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, PU Riz Dipuji Netizen

Baru-baru ini pendakwah bebas, PU Riz menegur adik iparnya, Ameera Khan ketika sesi siaran langsung mempromosikan jubah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, Neelofa bersama Ameera dan PU Riz sedang mempromosikan jualan jubah.

BACA: Ameera Khan Dedah Lebih Terpikat Dengan Lelaki Indonesia

@trendingditiktokmalaysia

#lmk #neelofa #littlemisskhan #naelofar #nunha #ustazharis #supportnunha #supportnaelofar #bella #jubahnunnha #jubahumrah #tiktok1111shoppingchallenge

? original sound – TIKTOK – trendingditiktokmalaysia

Apa yang menjadi perhatian PU Riz menegur Ameera selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang jubah yang digayakan.

“Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini,” katanya.

Ameera yang mengenakan jubah berwarna merah itu kemudian berkata mungkin pembeli  sukar untuk melihat material jubah berkenaan.

“Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu,” katanya.

Mendengar gelagat Ameera dan suaminya, Neelofa kemudian dengan nada berseloroh memberitahu adiknya itu bahawa PU Riz sebenarnya sedang menegur supaya dia tidak dedahkan  aurat.

“Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji PU Riz yang memberikan teguran degan sopan dan lembut serta mendoakan agar Ameera diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna satu hari nanti.

SUMBER: TikTok

×