Baru-baru ini perkongsian penyanyi Hafiz Suip menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan senaman ‘pull up’.
Menerusi perkongsian itu, Hafiz meluahkan rasa kurang senang susulan tanggapan netizen terhadap dirinya yang dilihat semakin kurus dan ada yang menuduhnya mengambil bahan terlarang.
BACA: “Sempat Ke Nak Minta Maaf Depan-Depan Nanti?” – Hafiz Suip
“Mana mat pet yang cakap aku hisap batu tu? Izinkan aku sepak muka korang sorang-sorang boleh?” tulisnya.
Perkongsian Hafiz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu serta meminta untuk tidak pedulikan kata-kata orang.
SUMBER: mStar Online