Tahniah diucapkan buar pelakon Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan sekitar 10.37 pagi tadi.
Memetik Harian Metro, suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris memaklumkan proses pembedahan dipermudahkan dan keadaan Tasha dan bayi mereka dalam keadaan baik.
BACA: Anak Sulung Baru 10 Bulan, Tasha Shilla Hamil Anak Kedua
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan itu juga memaklumkan memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka itu
Tasha dan Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raeez Zander kini berusia setahun lima bulan.