Tampil Anggun dan Eksklusif Bersama Koleksi #OOTDiva by Elfira Loy

Buat peminat-peminat Elfira Loy yang ingin tampil bergaya dan eksklusif pada hari raya ini, jangan lupa untuk dapatkan koleksi sendiri dengan kerjasama Watsons iaitu Koleksi #OOTVDiva by El. Memakai hijab tidak menjadikan alasan untuk tampil lebih yakin bagi Elfira.

Kerjasama pertama antara Elfira dan Watsons adalah untuk merealisasikan impian wanita dan juga peminat-peminat Elfira untuk kelihatan lebih anggun dan eksklusif menjelang hari lebaran akan datang.

“Kerjasama pertama antara saya dan Watsons. Untuk kali ini saya dan Watsons mengeluarkan barangan eksklusif seperti tudung yang direka khas hasil idea saya sendiri, dan hanya boleh didapati di Watsons sahaja,” kata Elfira ketika ditemui di Majlis #OOTDiva pada Ahad lepas.

Tambahnya lagi, beberapa koleksi lain seperti beg tangan, alatan solek dan lain-lain yang digayakannya turut berada di Watsons seluruh Malaysia.

Bagi peminat Elfira Loy, kini anda boleh dapatkan Koleksi #OOTDiva by El di Watsons. Buat masa sekarang, sebanyak lapan (8) koleksi #OOTDiva by El berada di Watsons.

Antaranya beg tangan, shawl, alatan solek, dan lain-lain. Koleksi #OOTDiva eksklusif hanya untuk Ahli Watsons sahaja. Jadi kalau nak miliki #OOTDiva by El, kena pastikan anda mendaftar sebagai Ahli Watsons.

Macam Mana Nak Dapatkan Koleksi #OOTDiva by EL Ni?

1. Belanja RM20 di Watsons untuk dapatkan 1 pelekat.
2. Dengan minimum 2 pelekat + pembelian minima RM19.90, ahli Watsons boleh menebus #OOTDiva berus make up!

Kempen ini bermula 24 April sehingga 25 Jun 2018 untuk Semenanjung dan 2 Mei sehingga 2 Julai 2018 untuk Sabah & Sarawak. Sementara stok masih ada!

Jadi, jangan ketinggalan untuk ambil aura hebat Elfira dengan mendapatkan Koleksi #OOTDiva by El di Watsons sekarang. Tampil lebih bergaya, berani dan lebih menonjol dengan #OOTDiva by El.

×