Pelakon dan penyanyi Andi Bernadee menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran menyediakan perkhidmatan kejut bangun sahur.

Menerusi hantaran selorohnya itu, Andi menyediakan servis serendah RM2 dan turut disediakan beberapa pakej antaranya kejut biasa, versi ‘baby’ dan versi sayang.

BACA: Jumpa Paku Karat & Katak Kering, Andi Bernadee Kena Sihir

Lebih menghiburkan, pelanggan hanya perlu menambah RM5 jika mahukan ‘muah’ pada di hujungnya ketika dikejut bangun sahur.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkekek dan terhibur dengan pakej yang disediakan. Malah, ada yang teringin untuk melanggan servis yang ditawarkan.

×