Tak Tergamak Minta Sumbangan, Isteri Azlan Komeng Jual Sos Buatan Sendiri

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suami tidak pernah terfikir untuk membuka tabung sumbangan untuk menampung keperluan hidup.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam berkata mereka percaya dengan rezeki daripada Allah dan kini mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri untuk membant menyara keluarga.

BACA: “Apa Nasib Anak, Isteri Saya?” – Azlan Komeng Berisiko Lumpuh

@puan_nilamortiz

ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke?kami tak ada buka tabung sumbangan dik,insayallah allah akan cukupkan keperluan kami, allah hadirkan orang-orang baik untuk support sos akak,alhamdulilah,siapa yang nak try boleh tekan beg kuning? maaf ye tak bukak untuk COD, kami tak mampu berhadapan dengan Joy buyer sekarang, semoga allah merahmati kalian yang support sos akak, janji PADU, ALLAH BAGI SEDAP

? original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

“Ramai tanya kami tak buka tabung sumbangan ke? Kami tak ada buka tabung sumbangan. InsyaAllah, Allah akan cukupkan keperluan kami. Allah hadirkan orang-orang baik untuk sokong perniagaan sos kami, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia percaya dengan hasil berniaga kecil-kecilan itu mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Kami tiada perancangan buka tabung sumbangan ke apa, InsyaAllah cukup sekadar kami berniaga secara kecil-kecilan. Suami ada kata hasil berniaga dan sokongan orang ramai membeli mungkin boleh tampung beli lampin, susu dan sebgagainya,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×