Pelakon Bella Astillah berkata dia tidak tahu menahu mengenai anak sulungnya, Ayden Adrean yang didakwa memanggil Syed Saddiq dengan panggilan ‘dad’.
Memetik Harian Metro, Bella berkata dia memang tidak mendengar anaknya Ahli Parlimen Muar berkenaan dengan panggilan tersebut.
BACA: Anak Sulung Bella Astillah Panggil Syed Saddiq ‘Dad’
“Itu saya tak dengar. Saya pun nampak di TikTok. Lepas itu, saya tak dengar. Tak ada,” katanya.
Sementara itu, Bella turut berkongsikan pengalaman ke Parlimen baru-baru ini kerana tidak menyangka dapat masuk dan melihat sendiri suasananya.
“Apapun, pengalaman ke Parlimen itu sangat bagus bagi saya sebab daripada kecil tengok Parlimen dan tak sangka dapat masuk serta dapat tengok sendiri.
“Bagaimana perjalanannya (bersidang), macam mana di dalam itu (Parlimen). Apa suasananya, apa keadaannya. Sangat besar dan cantik,” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkata anaknya memang banyak bercakap dan sant teruja apabila dapat masuk ke dalam Parlimen meskipun pada awalnya gementar.
“Mula-mula, Ayden beritahu dia ada rasa takut dan gementar (nak masuk Parlimen). Tapi, Alhamdulillah, dia sangat-sangat teruja dan dapatlah tengok semuanya.
“Kami luang masa di sana selama satu jam 30 minit. Malah, saya juga faham kenapa mereka usik (jadi bahan usikan). Tapi, tak ada mengganggu apa-apa dan datang situ memang atas dasar nak tengok suasana, apa Parlimen sebenarnya,” katanya.