Rasanya ramai sudah tahu pelakon Uqasha menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara Hefny Sahad. Boleh dikatakan pasangan ini tidak berselindung tentang hubungan mereka dan sering dilihat bersama ke majlis hiburan.
Berikutan kes Uqasha yang didakwa memiliki dadah baru-baru ini, Hefny menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang kes tersebut dan mendedahkan hubungan mereka sudah pun bertemu titik noktah pada Januari lalu.
BACA: Pelakon Wanita Popular Khayal Sampai Langgar Kereta?
“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya, katanya kepada Harian Metro.
Jelas Hefny lagi, dia tidak mahu masuk campur dalam hal tersebut dan meminta orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar agar berdiam diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram. Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.
“Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam.”
Apabila ditanya punca hubungan cintanya dengan Uqasha berakhir, Henfy mengakui pernah merancang untuk ke fasa seterusnya, namun dia menganggap antara mereka tidak ada jodoh.