fbpx

Tak Sangka Akan Viral, Rosyam Nor Mohon Maaf

Pelakon Datuk Rosyam Nor tampil memohon maaf susulan kenyataannya berpendapat perlu ada pusat pelacuran di negara ini bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rosyam berkata dia tidak sangka kenyataannya itu akan menjadi tular serta mendapat perhatian orang ramai termasuk agamawan.

BACA: Rosyam Nor Anggap Perlu Ada Rumah Pelacuran Untuk Pendatang Asing

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya.

Dalam ada itu, Rosyam turut menyeru orang ramai agar menonton video penuh yang dimuatnaik di TikTok Suhan Channel untuk mengenai apa yang dibincangkan sepenuhnya.

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.