Tak Pernah Tinggal, Sudah Tahun Ke-9 Soo Wincci Berpuasa

Seperti Ramadan sebelum ini, penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci tetap meneruskan aktiviti berpuasa yang sering dilakukan saban tahun. Sedar tak sedar, sudah memasuki tahun kesembilan Soo Wincci berpuasa.

Menerusi perkongsian di Intagram, Miss World Malaysia 2008 itu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berada di tanah air selepas dua tahun berpuasa di luar negara. Soo Wincci turut memuat naik fotonya sedang bersahur.

BACA: Soo Wincci Akhirnya Bergelar Doktor Selepas 6 Tahun

https://www.instagram.com/p/B_Vnj1IhO_k/?utm_source=ig_embed

Bukan sahaja setiap tahun berpuasa, malah Soo Wincci turut melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa. Dalam pada itu, netizen turut merasa kagum dan  berbangga dengan usahanya dalam menjayakan puasa pada setiap tahun.

×