Tak Pernah Mengeluh, Dr Sheikh Muszaphar Hargai Isteri Besarkan 7 Anak

Perkongsian angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Muszaphar mengucapkan selamat hari lahir buat isteri tercinta serta menyambut hari bahagia itu di ibu kota serta melakukan aktiviti bersama tujuh anak mereka.

BACA: Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Selamat Timang Anak Ketujuh

“Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.

“Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” tulisnya.

Sementara itu, Dr Muszaphar menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah berkorban melahirkan tujuh cahaya mata serta tidak mengeluh dalam membesarkan anak-anak.

“Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.

“Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..Alhamdulilah,” tulisnya.

SUMBER: Ohmymedia

×