Tak Mahu Buang Masa, Zizan Razak Nak Bercinta Lepas Kahwin 

Masih lagi solo, pelakon dan pelawak Zizan Razak berkata dia lebih tenang dan selesa menjalani kehidupan sebagai orang bujang.

Memetik Astro Gempak, Zizan berkata dia enggan memikirkan tentang soal jodoh buat masa ini namun tiada niat untuk membujang dalam tempoh lama.

BACA: Peminat Doakan Zizan Razak & Daiyan Trisha Berjodohan

“Sejujurnya saya berasa lebih tenang begini. Nak membujang dalam tempoh yang lama itu tidaklah. Cuma saya rasa bila tiada jodoh atau tiada kesempatan ke atas itu, saya hargai apa yang saya ada sekarang. Kerjaya saya, family saua dan masa yang saya ada,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkongsikan dia lebih suka untuk terus berkahwin dan bercinta selepas diijabkabulkan. Ujarnya lagi, dia tidak mahu membuang masa untuk bercinta apatah lagi tidak tahu hala tuju perhubungan.

“Kalau boleh saya nak cari jalan atau saya nak cari peluang untuk tiba-tiba mendirikan rumah tangga dan bercinta selepas kahwin. Hal itu saya lebih suka.

“Kerja saya hanyalah berdoa supaya jodoh saya dipermudahkan itu sahaja. Tapi sungguh buat masa ini saya tiada sesiapa dan saya sentiasa terbuka jika ada yang ingin berkenalan tapi saya tak mahu kecundang lagi. Maksudnya saya tak nka buang masa ke arah itu (bercinta tanpa berakhir ke fasa perkahwinan)” katanya.

×