“Tak Kisah Bayar Murah, Janji Muka Bersepah Di TV”

Dinobat sebagai Artis Versatil Popular di ABPBH 32 Ahad lalu, Janna Nick tidak menyangka bahawa namanya diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut. Katanya lagi, dia sudah menjangkakan Mira Filzah akan menang besar memandangkan popularitinya sedang memuncak.

Janna mengakui dia menang mungkin kerana sikapnya yang ‘tamak’ dengan menerima semua tawaran tanpa berkira soal bayaran asalkan wajahnya muncul di kaca televisyen.

BACA: “Masih Belum Boleh Hadam Apa Yang Janna Nick Buat”

“Saya anggap Mira Filzah akan membolot semua sebab namanya sedang memuncak sekarang. Saya menang mungkin kerana ‘tamak’. Janji muka saya bersepah, bayaran murah pun tidak mengapa.

“Saya tidak ‘demand’. Saya berterima kasih kepada kelab peminat, Janna Nickers yang berusaha keras menyokong saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, meskipun sudah menang Janna berkata dia akan berusaha memperbaiki kekurangan untuk sampai ke tahap membanggakan serta memberikan kualiti terbaik.

“Saya tak rasa kualiti saya dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan berada pada tahap bagus. Saya harus belajar lagi,” katanya.

×