“Tak Ingat Bila Kali Terakhir Kami Gaduh” – Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha berkata dalam rumah tangga sudah ada pasti ada pasang surutnya namun dia menyifatkan suaminya, Aidil Aziz seorang yang tenang.

Memetik Kosmo, Fasha berkata setiap kali ada isu mereka akan berbincang dan tidak ingat bila kali terakhir ada pergaduhan antara mereka.

BACA: “Kerana Pengalaman Itu, Masing-Masing Jumpa Lelaki Yang Tepat” – Fasha Sandha

“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi. Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata meskipun hubungan rumah tangganya masih belum sempuna namun dia sentiasa mendoakan perkahwinanya kekal selamanya.

“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,”  katanya.

×