“Tak Hadap Jadi Juri Program Najis, Saya Kelas Dunia”

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.

Bagaimanapun, Diva AA berkata dia menolak sekerasnya jika sekiranya ditawarkan untuk menggalas tugas sebagai juri program berkenaan.

BACA: Diva AA Terasa Hati Baca Komen Didoakan Cepat Mati

“Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Twitter itu, Diva AA beranggapan dirinya mempunyai kelas yang tersendiri dan hanya menerima tawaran program yang berkualiti.

“Saya berkelas dunia, kau sekolah tak?? Gthhh Puiii,” tegasnya.

Sejak Isnin lal hangat diperkatakan mengenai program berkenaan oleh netizen di media sosial apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.

×