Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Ben Amir di laman X menjadi perhatian ramai. Terbaru, Ben menyelar segelintir individu yang bangga tidak pandai bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Menerusi perkongsiannya itu, Ben berkata dia tidak faham dengan segelintir individu tersebut yang boleh berasa bangga.
BACA: Ben Amir Suka Wanita Comel, Minat Main Gim
Bagaimanapun perkongsian Ben itu seolah memakan diri apabila ramai netizen mengkritik polakon itu kerana menulis ciapan berkenaan dalam Bahasa Inggeris.
Memetik Xtra, hasil pemerhatian mendapati Ben telah pun memadam perkongsian berkenaan.
Sebelum ini, perkongsian Ben hangat diperkatakan apabila meluahkan rasa berang terhadap individu yang mempunyai perangai tidak elok namun tidak didedahkan ianya ditujukan kepada siapa.