“Tak Adil Minta Bayaran Wish Birthday, Jangan Materialistik”

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang selebriti yang menawarkan servis ucapan hari lahir kepada peminat dengan mengenakan bayaran RM50. Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Nur Fazura yang kurang senang dengan dengan perkhidmatan berbayar itu kerana sebagai seorang selebriti, peminat sepatutnya menjadi keutamaan.

Tambah Fazura lagi, sepatutnya mesej yang ingin disampaikan perlulah ikhlas dari hati bukannya dengan meminta bayaran. Fazura berkata lagi, jangan terlalu materalistik hingga membebankan peminat, jika tidak mahu lakukan, lebih baik jangan dibuat.

BACA: Mawar Rashid Pula Tawar Wish Birthday Untuk RM20

“Kita janganlah materialistik sangat. Tak adil untuk minta bayaran untuk ucapan sebegitu.

“Kalau tak nak buat ucapan, lebih baik jangan buat. Jangan membebankan pengikut anda, nampak macam tak ikhlas di mata mereka.”

Walaupun ramai yang mengecam perkhidmatan selebriti berkenaan, dengar cerita servis tersebut mendapat sambutan baik oleh pengikutnya. Pasti semua tahu siapa selebriti yang dimaksudkan oleh Fazura.

×