“Tak Ada Rasa Nak Rujuk” – Farid Kamil Mula Kehidupan Baru

Pelakon Farid Kamil berkata tiada lagi proses memujuk untuk rujuk kembali bersama bekas isterinya, Diana Danielle selepas disahkan bercerai pada 10 Ogos lalu.

Memetik Astro Awani, Farid berkata dia menerima dengan apa yang tertulis serta berserah pada jodoh andai dia bertemu pengganti suatu hari nanti.

BACA: Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

“Saya tak tahu perancangan Allah. Jodoh, ajal dan maut semua Allah yang tentukan. Saya jalani dengan lapang dada.

“Buat masa ini tidak ada rasa nak rujuk kembali. Pujuk juga tidak. Sebenarnya masa depan ini telah tertulis. Jadi apa yang ditakdirkan saya terima sahaja. Saya sebagai hamba akan menjalani kehidupan seperti biasa malah mensyukuri segalanya,” katanya.

Sementara itu, Farid reda memulakan kehidupan baharu dengan kembali solo selepas bercerai serta mengatakan ianya pengalaman baru buat dirinya.

“Ini pengalaman yang baru. Saya perlu tempuh dengan keredaan dan kerelaan hati yang pasti saya tahu saya tetap disayangi. Mula-mula saya hidup sendiri (solo), bersama dan sendiri pula. Ini satu perjalanan hidup.

“Saya selalu video call dengan anak-anak. Saya tak sempat komunikasi dengan Diana. Kami belum komunikasi secara direct.

“Kami komunikasi melalui pihak peguam. Cuma, saya harap satu hati kami dapat komunikasi demi anak-anak,” katanya.

×