Penghijrahan selebriti popular, Noor Neelofa sememangnya menjadi inspirasi buat mereka diluar sana yang mahu berubah ke arah lebih baik.
Hadir menjadi tetamu program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, Neelofa menjawab soalan mengenai penghijrahan yang dilakukan selama dua tahun sejak kebelakangan ini.
BACA: Neelofa Tak Rindu Kehidupan Glamour, Hati Kini Rasa Lapang
Berkongsi tips untuk terus istiqamah, Neelofa mengakui bukan perkara yang mudah namun dia mengambil inisiatif secara paksaan dalam melakukan ibadah.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Bilal itu berkata dia juga mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan juga suaminya.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.