fbpx

“Tahniah Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid”

Rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah akhirnya terlerai apabila aktor itu melafazkan talak satu pada jam 1.10 petang tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebelum lafaz cerai dilakukan hakim mempelawa jika Bella dan Aliff ingin bersalaman buat kali terakhir namun kedua-duanya menolak.

BACA: Ruhainies Bakal Dedah Sesuatu?

Sebaik saja selesai proses perceraian, Bella dilihat ada memuat naik perkongsian mengucapkan tahniah buat bekas sahabatnya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan rumah tangganya. Malah, Bella mengatakan aktres itu turut menjadi punca kedua-dua anaknya kehilangan bapa.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.