Taat Perintah Suami, Fatin Afeefa Undur Diri Dari Dunia Seni

Sudah lama rasanya tidak melihat Fatin Afeefa di kaca televisyen, rupanya pelakon itu nekad mengambil keputusan undur diri dari dunia seni kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang.

Memetik Kosmo, Fatin berkata dia mengambil keputusan tersebut atas permintaan suaminya yang memintanya untuk menjaga aurat serta mahu memberi perhatian kepada keluarga.

BACA: Baru Timang Anak Ketiga? Fatin Afeefa Belum Sedia Kongsi

“Selepas berkahwin, saya hormati permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, sebab saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon dan menyanyi lagi.

“Tapi saya minta sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

“Sekarang ini saya lebih suka duduk rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan,” katanya.

Sementara itu, Fatin berkata dia mahu memperbaiki diri serta menjadi manusia lebih baik dalam masa sama mahu menjaga batas pergaulan.

“Saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu. Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula, betul juga.

“Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×