Semalam, tanggal 27 Mac genap setahun usia perkahwinan selebriti popular Noor Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas, PU Riz.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Riz dilihat ada memuat naik satu entri meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang memiliki pekerti yang indah.
BACA: Neelofa Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf
Tulis PU Riz lagi, dia turut bersyukur diberikan rezeki untuk mengahwini isterinya serta berharap perkahwinan mereka diredai oleh Allah.
“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.
Sementara itu, Neelofa dalam satu entri di Instagram turut mengucapkan ulang tahu perkahwinan buat suaminya serta mendoakan agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah.
View this post on Instagram
“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selama-lamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku,” tulisnya.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.