Tahniah diucapkan buat Syifa Melvin yang sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dengan sekali lafaz sebentar tadi.
Dalam majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pasangan pengantin dilihat cantik dan segak mengenakan busana berwarna keemasan. Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
BACA: Syifa Melvin, Safawi Rasid Nikah Malam Ini?
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua belah pihak serta media.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.