Sejak kebelakangan ini hubungan mesra penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering menjadi perhatian ramai.
Menerusi dalam satu podcast, Saddiq enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Bella.
BACA: Gigih Netizen Siasat, Dakwa Bella Astillah & Syed Saddiq Ada ‘Couple Keychain’?
Ahli Parlimen Muar itu berkata dia memberi bayangan bahawa apa saja boleh berlaku dalam perhubungannya dengan Bella sama seperti dunia politik.
“Di masa hadapan, sama seperti dunia politik, apa-apa boleh berlaku,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata dia sudah bekerjasama dengan ramai artis namun dia menyifatkan Bella seorang wanita yang luar biasa.
@febbyfeb_98 Wow Yb Puji Bella,Minggu ni Bella Turun Muar Lagi Guys??? #fyp #fy #trending #viral #terbaru #trending #primavalet #bellaastillah #syedsaddiq #CapCut
“Dia wanita luar biasa. Saya sudah bekerja dengan ramai artis dan pempengaruh tapi Bella seorang yang hebat. Rasanya ramai tahu saya suka buat latihan dan aktiviti larian. Bella tidak buat latihan sangat tapi berjaya mendaki Gunung Kinabalu dengan berbaju kurung.
“Dia tidak tipu tiba-tiba tukar baju lain. Memang dari bawah ke puncak, dari puncak turun semula ke bawah dia berbaju kurung. Ia sangat mencabar kerana sukar untuk melangkah bila pakai baju kurung,” katanya.
Sedar hubungan akrabnya dengan Bella menerima kecaman dari ahli politik lain, Saddiq berkata kerjasama tersebut dilakukan untuk mencari dana buat penduduk di Muar.
“Sejak tahun 2020 saya lakukan banyak perkara seperti jual lasagna, kurta, lakukan botak challenge dan larian ke parlimen.
“Apa yang saya boleh katakan, dengan kolaborasi ini (panjat gunung bersama Bella) juga beberapa yang lain, saya boleh kumpul dana sebanyak RM1.84 juta ringgit untuk Muar.
“Termasuklah beri baju Melayu dan bantuan bakul makanan saiz besar. Saya akan buat apa sahaja untuk bantu orang susah di kawasan saya, ini amanah yang saya perlu lakukan selama lima tahun,” katanya.
SUMBER: Utusan