Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memuat naik video seolah pasrah apabila dipaksa untuk memotong rambut gaya Korea atas permintaan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di TikTok itu, Saddiq dilihat ke sebuah butik sambil ditemani seseorang bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.
BACA: “Muar Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?” – PMX Usik Syed Saddiq Di Parlimen
Sementara itu, ada netizen mendakwa individu yang menemani ahli parlimen itu adalah Bella selepas tenampak beg tangan dipercayai milik aktres berkenaan.
@syedsaddiq Kena paksa gunting rambut ala korea versi @bellaastillah ?
Diruangan komen, ada yang teruja melihat gelagat Syed Saddiq serta ada yang berseloroh mengatakan kepada ahli parlimen itu bahawa bercinta lagi ‘best’ daripada menyertai triahlon.
Tidak kurang juga, ada yang memuji Saddiq dilihat kacak selepas membuat potongan rambut berkenaan dan seperti pelakon Korea.
Turut menjadi perhatian ada beberapa netizen yang mendakwa serta yakin bahawa Saddiq dan Bella memang sah bercinta.