Tidak berselindung apabila dikaitkan dengan kes pukul hos program rancangan televisyen, Shenty Feliziana yang juga kekasihnya, Syazwan Zulkifli tampil melalui BH Plus mengakui kesilapannya itu.
BACA: Syazwan Zulkifly Rayu Shenty Terima Semula Cinta?
“Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran”
“Lelaki mempunyai egonya, apatah lagi hal sebelum itu belum selesai. Ketika bergaduh, saya tersikku mukanya dan ia tidak disengajakan. Ketika itu, saya sedang memandu dan apabila melihat wajah Shenty, saya menangis. Ya Allah! Kenapa jadi begini?,” jelas Syazwan.
Berpunca daripada kejadin itu, timbul tuduhan bahawa rahang Shenty patah kerana dikasari pelakon lelaki ini. Menurut Syazwan, dia juga telah menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya.
Semoga peluang dan juga kemaafan daripada pihak Shenty mampu membuatkan Syazwan menggunakan budi bicara dengan lebih baik pada masa hadapan dan mampu berubah ke arah kebaikan. Kepercayaan umpama pemadam getah. Ia semakin kecil setiap kali kesalahan dilakukan. (rtky/s)