Syasya Nafi Nenek Tak Restu Pernikahan

Timbul dakwaan perkahwinan tidak direstui nenek yang juga pelakon senior, Rozie Othman, bekas ahli Dolla iaitu Syasya berkata dia sudah memberi bayangan awal kepada neneknya mengenai keputusan untuk berkahwin.

Memetik Kosmo, Syasya berkata dia faham perasaan neneknya ketika itu yang sedang mengerjakan umrah terkejut apabila dimaklumkan dengan keputusannya itu.

BACA: Majlis Resepsi Mewah, Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas

“Sebenarnya saya sudah cakap dan bagi ‘hint’ dekat nenek yang saya mahu kahwin. Saya seorang yang suka simpan masalah dan sesuatu hal sendiri, dah lama baru beritahu orang.

“Saya minta doakan hubungan saya. Kebetulan dia sedang mengerjakan umrah dan minta doakan di sana. Dia terkejut sebab balik sahaja dari Mekah, saya nikah.

“Sebelum nak majlis akad nikah, ada telefon dia beritahu. Sebab tak sangka nak nikah ketika dia sedang berada di Tanah Suci Mekah,” katanya.

Sementara itu, suami Syasya iaitu Nasrullah berkata dia dan isteri sudah berjumpa dengan Rozie sebaik saja pulang dari umrah serta menjelaskan mengenai perkara itu.

“Saya dan isteri sudah lama tidak berjumpa dengan dia, selepas kami bernikah ada pergi bertemu dengannya dan dia (nenek) sangat baik. Dia terima perkahwinan kami, dia ada belanja tau fu fah, “ katanya.

SUMBER: Kosmo

×