“Syamsul Sedia Lepaskan Ira Kazar Hari Ini” -Peguam

Peguam yang mewakili pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais memaklumkan anak guamnya sedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar hari ini.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan Ira baru saja melantik peguam dan tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor hari ini.

BACA: Kazar Sedih Rumah Tangga Ira & Syamsul Di Ambang Perceraian

“Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

“Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

‘Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai),” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×