Syamsul Kongsi Gambar Anak, Netizen Fokus Wanita Bersama Sumayyah

Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah menjalin hubungan baik demi kedua-dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah.

Baru-baru ini, perkongsian Syamsul menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di Instagram memaparkan anak perempuannya sedang menangis.

BACA: Pertama Kali Ira Kazar Kongsi Gambar Syamsul Yusof Di IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Video itu dipercayai dirakam ketika Syamsul membuat panggilan video bersama anak perempuannya. Syamsul turut menulis kapsyen mengatakan dia garang kerana sayang akan anak-anaknya.

Bagaimapun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah gelang tangan pada wanita yang memegang Sumayyah. 

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna di TikTok, rata-rata netizen berpendapat gelang tersebut adalah milik Puteri Sarah.

Dalam pada itu, ramai yang turut tumpang gembira melihat hubungan baik antara Syamsul dan Puteri Sarah.

×