Syamimia Dedah Peti Ais SMEG Bukan Ori, Tempah Pembalut & Logo

Sejak kebelakangan ini nama personaliti media sosial, Syamimia menjadi perhatian ramai apabila sebelum ini dikecam duduk di PPR namun memiliki barangan elektrik jenama mewah.

Memetik Kosmo, menerusi satu temu bual sebuah program baru-baru ini, Syamimia mendedahkan peti ais yang dimilikinya itu hanya jenama tempatan.

Katanya lagi, dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG untuk ditampal pada peti ais rumahnya agar nampak kelihatan sama.

“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.

“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat ‘emblem’ SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” katanya.

Susulan pendedahannya itu, rata-rata netizen mengecam pempengaruh media sosial itu serta mendakwa Syamimia seorang yang mengejar populariti.

“Viral sebab duduk PPR (Program Perumahan Rakyat) pakai peti ais SMEG. Rupanya beli peti ais laik tampal jenama SMEG. Makin viral la nampaknya kes dia ni,” kata seorang netizen.

“Sebab itu jangan mudah percaya sangat influencer ini. Banyak yang tipu dari betul. Sama la tang tunjuk duit kepul-kepuk sebenarnya gambar ‘google’,” perli netizen lain.

×