Pelakon Mimi Lana enggan mengesahkan kenyataan aktor Syafiq Kyle yang sebelum ini dikatakan sudah kembali sudah menakluk hati aktres berkenaan.
Memetik Harian Metro, Mimi berkata Syafiq sentiasa berada dalam hidupnya serta memaklumkan belum ada lamaran daripada aktor tersebut.
BACA: “Saya Dah Takluk Hati Mimi Lana, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” – Syafiq Kyle
“Belum ada lamaran daripada dia. Kami selalu berusaha yang terbaik antara satu sama lain. Dia selalu ada dalam hidup saya. Tak ke mana pun. Kami masih rapat dan saya percaya semua orang pun tahu.
“Saya serahkan urusan hati saya pada Allah. Ke mana Allah nak bawa hati dan perjalanan hidup, saya terima saja,” katanya.
Sementara itu, Mimi yang kini sedang mengerjakan umrah mahu memberi fokus kepada ibadahnya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua.
“Sekarang ini saya lebih nak fokus kepada diri dan ibadah saya di sini. Saya yakin Syafiq akan takluk hati semua orang dengan filem baru dia, bukan hati saya seorang saja. Saya sentiasa menyokong dia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuknya, Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Syafiq mengakui sudah menakluk hati Mimi dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
SUMBER: Harian Metro