Sumbang Dua Gol, Eyka Farhana Sangat Bangga Dengan Akhyar Rashid

Rabu lalu, skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan pasukan Filipina dengan 2-0 dalam aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura.

Aksi pemain sayap negara, Akhyar Rashid bukan saja mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan, malah pujian daripada pelakon Eyka Farhana.

BACA: Imej Semakin Seksi, Eyka Farhana Selesa Jadi Diri Sendiri

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Eyka mengucapkan tahniah di atas kemenangan skuad Harimau Malaya serta bangga hasil sumbangan dua jaringan oleh Akhyar.

“Tahniah. Sangat bangga dengan awak,” tulisnya.

Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25 dua tahun lalu.

Eyka bagaimanapun berkata enggan terlalu berkongsikan kisah cinta, namun akui senang dengan Akhyar dan menyifatkan jejaka itu seorang yang baik hati.

×