Sukan Sepak Takraw Semakin Padu & Mantap! Hayun Kasi Laju Lagi

Peminat sukan sepak takraw semestinya sudah tahu dan merasakan bahawa sukan ini sekarang mulai mendapat nama! Selepas melakar sejarah dengan kejayaan luar biasa skuad sepak takraw negara dengan meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa pada Mei 2024 lalu, sukan ini mula mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan masyarakat malah juga negara.

Pasukan Sepak Takraw Malaysia

Kalau anda nak tahu, tidak mudah untuk pasukan sepak takraw ini bangkit kembali selepas melalui pelbagai kemelut dan dugaan dalam dunia sepak takraw beberapa tahun lalu. Namun, dengan semangat yang ada serta tidak mengenal erti putus asa, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mulai bangkit kembali. Kebangkitan itu pula bukan biasa-biasa tapi bangkit dengan penuh semangat sehingga mampu mencipta kegemilangan yang kabur selama ini!

Dalam posting TikTok Hannah Yeoh pada 25 Mei lalu, beliau sangat gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara ini dan turut menyatakan KBS akan memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM1,000,000 bagi penganjuran kejohanan ini.

@hannahyeohmp JUARA BERGANDA : Malaysia lakar sejarah muncul juara dalam acara double dan regu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Syabas dan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara. Kemenangan yang cukup istimewa! KBSMalaysia turut memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM1,000,000 bagi penganjuran kejohanan ini. #FikirkanBoleh #YakinBoleh #sepaktakraw #istaf #sepaktakrawmalaysia #malaysia #thailand #hanayo #kbs #fyp??viral ? Fikirkan Boleh – Metropolitan

Selain itu, Memetik artikel Berita Harian pada Mei lepas, KBS teliti ganjaran buat skuad takraw ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan bahawa pihaknya sedang memperhalusi ganjaran yang setimpal buat pemain sepak takraw negara yang meraih kejayaan pada Kejohanan Piala Dunia 2024 ini.

Dan pada Jun 2024, skuad sepak takraw lelaki negara telah pun menerima insentif khas daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berjumlah RM170,000 susulan kejayaan memenangi dua pingat emas dan satu perak pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Tepati Kriteria Sukan Teras Malaysia

Dalam pada masa yang sama, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan ada menyuarakan pendapat beliau mengenai sukan sepak takraw yang dikatakan sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia.

Datuk Mohd Sumali Reduan, Kredit imej: BERNAMA

Beliau berkata ia susulan prestasi cemerlang yang ditampilkan skuad negara di pentas Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berjaya menarik perhatian peminat sukan tanah air yang hadir ke Stadium Titiwangsa pada piala berprestij itu.

“Saya mohon kepada MSN, KBS sudah tiba masanya untuk sepak takraw dimasukkan kembali dalam sukan teras seperti sebelum-sebelum ini, apatah lagi prestasi membanggakan telah memberi nilai tambah untuk masuk semula ke sukan teras, selain dengan kecemerlangan di Piala Dunia.

“Ia juga mempunyai penonton yang ramai, merupakan sukan tradisi dan warisan kita, supaya banyak pembangunan dan program sepak takraw dapat dirancang dengan teratur dan sistematik, dapat sokongan dari kerajaan.

Peruntukan Terbaharu KBS

Terbaharu, KBS menyokong Klinik Sepak Takraw STL dengan kerjasama Astro, sebanyak RM30,000 Peruntukan Khas YBM. First clinic telah dilaksanakan pada 30 clinic – Majlis Perasmian Klinik Penggalakan Bakat 1 Murid 1 Sukan Sepak Takraw Peringkat WPKL dan Klinik STL yang berlangsung di Dewan SK TTDI l. YBrs En Abd Aziz Abd Rahman, TKP PS hadir mewakili YB Menteri Belia dan Sukan.

Selain itu, KBS akan memperuntukkan sebanyak RM90,000 untuk 6 sesi klinik-klinik sepak takraw oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia pada tahun ini serta KBS turut berusaha untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk program pembangunan khas Sepak Takraw kepada MOF. Kita tunggu bajet 2025 nanti! Moga ada sinar di hujung terowong.

×