“Suka Kanak-Kanak, Mungkin Sebab Itu Ramai Ibu Tunggal Suka Saya”

Pelakon Muaz Zabir mendedahkan dia sering menerima mesej daripada wanita termasuk ibu tunggal yang mahu berkenalan dengan dirinya.

Memetik Utusan Online, pelakon berusia 27 tahun itu juga berkata mungkin mereka suka dengan sikapnya yang sukakan kanak-kanak.

BACA: Muaz Nafi Ibu Tak Restu Hubungan Dengan Wanita Berstatus Janda

“Ramai yang DM saya termasuk ibu tunggal malah yang berpangkat nenek pun ada, macam-macam jenis manusia. Mungkin mereka suka tengok saya ini yang selesa dengan anak-anak kecil,”katanya.

Menurut Muaz lagi, dia sudah biasa dengan kanak-kanak kerana sejak kecil ibunya mengambil upah sebagai pengasuh.

“Sebenarnya, saya dahulu mengasuh anak-anak kecil di rumah. Sejak dari itu, saya sudah terbiasa dengan mereka.

“Saya tinggal di flat, jadi tempat itu menjadi riuh dengan suara anak-anak. Sebab itu saya sangat sukakan mereka termasuk anak-anak buah saya yang pulang ke kampung,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

×