Sedang hangat diperkatakan mengenai perkahwinan kedua pengarah terkenal, Syamsul Yusof, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad baru-baru ini ada memuat naik video yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, Suhaimi bertanyakan kepada isterinya, Ina Naim bolehkah dia berkahwin dua serta mengatakan Syamsul elok sahaja tambah isteri.
BACA: Dakwa PRU Macam Berjudi, Suhaimi Saad Tak Nak Mengundi
Mendengarkan soalan suaminya itu, Ina memberikan jawapan padu kepada Suhaimi mengatakan pengarah tersebut kaya raya tiada masalah untuk tambah isteri.
https://www.tiktok.com/@abuehmad/video/7186155752275397914?is_from_webapp=v1&item_id=7186155752275397914
“Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar,” kata Ina.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur mendengar jawapan Ina.
Malah, ada yang mengatakan mereka tumpang gembira melihat kebahagaiaan pasangan itu serta mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia.